Dasar Privasi

Di CasinoTopsOnline.com (dirujuk sebagai "Laman" tersebut), kami menghargai privasi anda sama seperti anda mahukan dan kami menggubal Dasar Privasi bagi memastikan anda bebas daripada kebimbangan. 

Dasar privasi ini (dirujuk sebagai "Dasar Privasi"), bersama Terma dan Syarat Am Laman tersebut, menetapkan dasar asas berkenaan sebarang data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, atau anda berikan kepada kami, yang akan kami proses.

Sila baca dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami tentang data peribadi anda dan bagaimana kami mengendalikannya. Dengan melayari Laman kami, anda menerima dan mengizinkan amalan seperti dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini.

Dari manakah kami mengumpulkan maklumat peribadi anda

Perlindungan Data

Data peribadi, atau maklumat peribadi bermaksud sebarang maklumat berkenaan seorang individu di mana individu tersebut boleh dikenalpasti ("Data Peribadi"). Data di mana identiti telah dihapuskan (anonymous data) tidak termasuk dalam maksud Data Peribadi tersebut.

Apakah dan Bagaimanakah Maklumat Peribadi Dikumpul?

Kami akan mengumpul dan memproses data anda bergantung kepada kategori di mana anda tergolong:

Melayari Laman

Setiap kali anda melawat Laman kami, sama ada anda mempunyai Akaun Pengguna (seperti dimaksudkan di bawah) atau tidak, kami mungkin mengumpulkan maklumat berikut secara automatik: 

Maklumat teknikal, termasuk alamat protokol internet (IP) yang digunakan untuk menghubungkan komputer dengan internet, maklumat log masuk anda, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa, jenis dan versi plug-in pelayar, internet service provider (ISP), peranti, lokasi platform dan sistem operasi anda dan juga pengenalpasti online yang lain. 

Walaupun maklumat yang disebutkan bukan maklumat peribadi, kami mengendalikannya dengan tahap keselamatan yang sama dan memberikan perlindungan yang setara dengan perlindungan terhadap Data Peribadi anda. Ia hanya digunakan untuk analisis dalaman terhadap trend pengguna agar kami dapat mengoptimumkan Laman dalam menyediakan pengalaman online terbaik.

Jika anda melayari Laman kami di peranti mudah alih, kami mungkin mengumpulkan maklumat penyedia mudah alih dan nombor id unik peranti. Maklumat tentang melawat Laman tersebut, termasuk Uniform Resource Locators penuh dan maklumat interaksi laman.

Maklumat Diterima Dari Kuki

Laman tersebut juga menggunakan peralatan analitik tertentu yang membolehkan Laman tersebut mengumpulkan data daripada platform analitik. 

Laman tersebut menggunakan kedua-dua peralatan analitik dan juga penyedia analitik pihak ketiga termasuklah maklumat berkenaan Operating System (OS) yang beroperasi di peranti anda, alamat Internet Protokol (IP) (mungkin digunakan untuk mendapatkan geolokasi), masa akses, jenis pelayar serta bahasa dan juga lama web yang anda lawati sebelum Laman kami. 

Sila rujuk kepada Klausa 6 (Kuki) di dalam Dasar Peribadi ini untuk maklumat lanjut berkenaan penyedia analitik yang kami gunakan. 

Menghubungi Kami

Sekiranya anda menghubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan terhadap apa-apa saluran berkenaan sebarang maklumat Laman tersebut, kami juga mungkin merekodkan segala maklumat yang anda berikan kepada kami.

Lihat bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda

Bagaimanakah Maklumat Peribadi Anda Digunakan

Menyampaikan Komunikasi Pemasaran - untuk memastikan anda sentiasa mengikuti maklumat semasa, pengumuman, kemaskini yang relevan dan acara lain yang kami rasa bernilai untuk anda. 

Anda akan menerima sebarang maklumat yang berkaitan melalui e-mel dan sebarang bentuk komunikasi lain hanya jika anda memilih untuk menerima maklumat tersebut sebelum mendaftar, atau melalui ubahan tetapan di Akaun Pengguna untuk membenarkan penerimaan maklumat sebegitu. 

Anda boleh memilih pada bila-bila masa untuk tidak menerima komunikasi dengan mengkases Akaun Pengguna anda dan mengubah tetapan atau pun dengan cara tidak melanggan pautan yang relevan.

Jika anda menyertai sebarang pertandingan, hadiah atau pun taruhan sweepstakes yang ditawarkan oleh Laman tersebut, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengendalikan program tersebut.

Kami juga akan menggunakan maklumat peribadi untuk mengesahkan maklumat akaun sekiranya terdapat keperluan bagi mengesahkan maklumat tersebut. Pengiklanan yang diperibadikan dan berdasarkan minat - Laman tersebut mensasarkan pengiklanan berdasarkan maklumat peribadi anda.

Ini bermakna Laman tersebut menyediakan pengiklanan secara spesifik berdasarkan minat anda yang kami mungkin rekodkan melalui interaksi di Laman atau pun melalui maklumat yang diperolehi oleh platform analitik yang kami gunakan atau melalui kuki. 

Untuk maklumat lanjut tentang data analitik yang digunakan untuk mengendalikan pengiklanan bersasar ini dan bagaimana cara untuk tidak memilihnya, sila rujuk Klausa 6 (d) Dasar Privasi ini. Jika anda menghubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan, kami akan menggunakan data perhubungan anda untuk membekalkan maklumat yang diminta kepada anda.

Kategori Data Yang Disimpan

Data peribadi anda yang diperolehi dan diproses boleh dikategorikan seperti berikut:

  • Data Identiti termasuklah nama pertama, nama asal, nama akhir, nama pengguna atau pengenalpasti yang serupa, taraf perkahwinan, gelaran, tarikh lahir, jantina, status pekerjaan dan pekerjaan.
  • Data Perhubungan termasuklah alamat kediaman, alamat e-emel dan nombor telefon.
  • Data Teknikal termasuklah Internet Protokol (IP), data log masuk, jenis dan versi pelayar, tetapan dan lokasi zon masa, sistem dan platform operasi dan teknologi lain pada peranti yang anda gunakan untuk mengakses laman web ini. 
  • Data Profil termasuklah nama pengguna dan kata laluan (encrypted), masa log masuk dan keluar.
  • Data Penggunaan termasuklah maklumat bagaimana anda menggunakan Laman tersebut.
  • Data Pemasaran dan Komunikasi termasuklah pilihan kegemaran anda untuk menerima pemasaran daripada kami dan pihak ketiga kami serta pilihan kegemaran untuk komunikasi. 

Ketahui penggunaan kuki & analitik terhadap maklumat peribadi anda

Kuki & Analitik

Mari lihat penerangan tentang kuki dan analitik.

Kuki

Laman web kami menggunakan kuki. Kuki adalah fail kecil yang mengandungi huruf dan nombor yang kami letakkan pada komputer anda. Kuki membolehkan kami membezakan anda daripada pengguna lain di laman web kami. 

Keadaan ini membantu kami menyediakan satu pengalaman yang baik kepada anda apabila anda melayari laman web kami dan juga meningkatkan kualiti laman kami. Untuk maklumat lanjut tentang Kuki, sila rujuk Notis Kuki kami. 

Analitik

Laman tersebut juga menggunakan Analitik. Sama ada anda mempunyai Akaun Pengguna atau sebaliknya, kami mungkin menggunakan Google Analytics dan Matmo Analytics atau pun penyedia analitik lain yang mungkin kami gunakan dari masa ke masa, untuk mengiklankan di Laman dan/atau laman pihak ketiga yang anda lawati selepas melayari Laman kami.

Kami dan pihak ketiga seperti Google dan Matomo, menggunakan kuki pihak pertama dan pihak ketiga untuk memaklumkan, mengoptimumkan dan menyediakan iklan berdasarkan lawatan anda sebelum ini pada Laman kami.

Google Analytics

Google Analytics ialah sebuah perkhidmatan analitik laman ditawarkan oleh Google yang mengesan dan melaporkan trafik laman web. Google menggunakan data yang diperolehi untuk mengesan dan memantau penggunaan Laman kami. 

Data ini dikongsi dengan perkhidmatan Google yang lain. Google mungkin menggunakan data yang dikumpulkan untuk mengkontekskan dan memperibadikan iklan dari rangkaian pengiklanan mereka.

Kami menggunakan data audiens pihak ketiga milik Google Analytics seperti umur, jantina dan minat untuk memahami kelakuan pengguna kami. Kami juga bekerjasama dengan syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang aktiviti online anda bagi menyediakan pengiklanan bersasar untuk disesuaikan dengan minat dan kegemaran anda. 

Ini bermakna, dari semasa ke semasa anda akan melihat beberapa iklan di Laman atau laman lain yang anda layari kerana kami terikat dengan Google dan syarikat lain untuk membuat sasaran pada iklan kami berdasarkan data yang kami atau pihak tersebut kumpulkan, termasuklah data yang dikumpulkan melalui kuki. 

Syarikat tersebut juga boleh mengumpulkan data apabila anda mengklik pada iklan yang terdapat di Laman tersebut, di mana membantu mengesan dan mengurus keberkesanan usaha pemasaran kami.

Anda boleh memilih tidak bersetuju dengan Google Analytics bagi Display Advertising dan mengubah suai iklan Google Display Network dengan melawat laman Google Ads Settings (https://adssettings.google.com/authenticated). 

Pihak Google juga menyarankan untuk memasang Google Analytics Opt-out Browser Add-on pada pelayar anda (https://tools.google.com/dlpage/gaoptout). Google Analytics Opt-out Browser Add-on tersebut memberikan keupayaan kepada pelawat untuk mengelakkan data mereka daripada dikumpul dan digunakan oleh Google Analytics.

Perlindungan maklumat peribadi anda terhadap pihak ketiga

Pendedahan Maklumat Peribadi Kepada Pihak Ketiga

Laman tersebut tidak berdagang, berkongsi, memindahkan atau mendedahkan sebarang maklumat peribadi anda, kecuali diperuntukkan di dalam Dasar Privasi ini atau diperlukan dan mengikut undang-undang yang terpakai.

Kami juga bekerjasama dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan, penyelesaian dan promosi yang menurut kami, berharga kepada pelanggan. Untuk keadaan tersebut, kami akan menyediakan perkhidmatan, penyelesaian dan promosi daripada syarikat tersebut.

Laman tersebut juga berhak untuk membekalkan statistik anda menggunakan Laman tersebut, jualan, trafik dan juga maklumat statistik lain berkenaan Laman kepada pihak ketiga, tanpa, mengenalpasti identiti anda.

Laman tersebut boleh membekalkan data peribadi anda kepada syarikat gabungan atau berkaitannya untuk tujuan perniagaan yang sah. 

Sekiranya berlaku penggabungan, organisasi semula atau penjualan Laman tersebut, kami mungkin memindahkan kesemua maklumat peribadi dan bukan peribadi yang direkodkan kepada pihak ketiga yang relevan. Dalam situasi ini, Laman tersebut akan memaklumkan kepada pengguna sebelum maklumat peribadi menjadi subjek kepada Dasar Privasi yang berbeza.

Kami mungkin mendedahkan maklumat anda sekiranya kami diarahkan melakukan sedemikian mengikut undang-undang atau sebagai mematuhi proses perundangan.

Hak-Hak Anda

Dalam keadaan tertentu, anda mempunyai hak di bawah undang-undang perlindungan data berkenaan data peribadi anda:

  • Permintaan akses terhadap data peribadi. Anda berhak untuk mengakses maklumat anda yang disimpan. Kami akan mematuhi sebarang permintaan akses yang munasabah. Sekiranya permintaan akses tersebut melibatkan kerja yang banyak (rumit), kami berhak untuk mengenakan bayaran terhadap kerja-kerja yang terlibat.
  • Permintaan untuk memperbetulkan data peribadi. Ini membolehkan anda mengubah data yang tidak lengkap atau salah di dalam simpanan kami. Walaupun begitu, kami mungkin perlu melakukan pengesahan terhadap data baru yang anda berikan kepada kami.
  • Permintaan untuk memadam data peribadi. Anda berhak untuk meminta kami menghapuskan sebarang maklumat anda di dalam simpanan kami yang tidak berkaitan dengan tujuan kami mengumpulkannya. Ini membolehkan anda meminta kami memadam atau mengapuskan data peribadi di mana tidak ada sebab-sebab kukuh untuk kami terus menyimpan data tersebut. Anda juga boleh meminta kami menghapuskan kesemua data peribadi anda sekiranya kami meminta anda untuk menutup akaun anda. Terdapat kemungkinan kewajipan undang-undang yang menghalang kami untuk menghapuskan kesemua atau sebarang maklumat yang kami simpan secara serta-merta berikutan permintaan anda (contohnya undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram), walaubagaimanapun, kami akan memproses permintaan anda secepat mungkin jika dibenarkan apabila jangka masa terpakai untuk penyimpanan data luput.
  • Membantah pemprosesan data peribadi anda. Anda berhak membantah pemprosesan data peribadi oleh kami sekiranya kami bersandarkan kepada kepentingan sah (atau kepentingan sah pihak ketiga) dan terdapat keadaan khas yang membuatkan anda ingin membantah pemprosesan atas alasan ini, kerana anda merasakan ia akan memberi kesan kepada hak dan kebebasan asasi anda. Anda juga mempunyai hak untuk membantah di mana kami memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, apabila kami meminta anda untuk tidak menanda kotak penanda yang relevan untuk pemasaran langsung, sebelum mencipta Akaun Pengguna, atau mengubah tetapan pada Akaun Pengguna anda, yang memberi kebenaran kepada kami untuk memproses data anda untuk komunikasi pemasaran. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin menunjukkan bahawa kami mempunyai alasan sah yang kukuh untuk memproses maklumat anda yang akan mengatasi hak-hak dan kebebasan anda.
  • Permintaan menyekat pemprosesan data peribadi anda. Ini membenarkan anda meminta kami menggantung pemprosesan data peribadi dalam keadaan berikut: (a) jika anda mahukan kami menunjukkan ketepatan data; (b) apabila penggunaan data oleh kami itu tidak sah tetapi anda tidak mahu kami menghapuskan data tersebut; (c) apabila anda perlukan kami menyimpan data meskipun kami tidak lagi memerlukannya kerana anda perlukan data tersebut untuk menunjukkan, menguatkuasakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang; atau (d) anda membantah kami menggunakan data anda tetapi kami perlu mengesahkan sama ada kami telah mengatasi sebab-sebab sah untuk menggunakannya.
  • Permintaan memindahkan data peribadi anda (data portabilty request). Ini membolehkan anda meminta data peribadi anda. Kami akan membekalkan kepada anda, data peribadi anda dalam format yang berstruktur, lazimnya digunakan dan boleh dibaca oleh mesin. Sila ambil perhatian bahawa hak ini hanya terpakai untuk maklumat automatik di mana pada mulanya anda memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan atau di mana kami menggunakan maklumat tersebut untuk melaksanakan kontrak bersama anda.
  • Hak menarik balik persetujuan untuk pemasaran langsung. Pada sepanjang masa, anda berhak mengubah fikiran berkenaan kami boleh menghubungi anda melalui pemasaran langsung. Anda boleh menggunakan hak ada untuk menghentikan penerimaan pemasaran langsung dengan mengakses akaun anda dan membuang tanda kotak kebenaran berkenaan pemasaran langsung atau menghubungi sokongan pelanggan. Sebarang penarikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi untuk tujuan pemasaran hanya terpakai untuk Laman tersebut sahaja.
  • Kami akan menyimpan salinan sebarang komunikasi yang anda hantarkan kepada kami (termasuk salinan sebarang e-mel) bagi memastikan ketepatan rekod maklumat yang kami terima daripada anda.

Perlindungan Terhadap Kanak-kanak

  • Laman tersebut adalah portal maklumat perjudian dan oleh sebab itu tiada kandungan pemasaran, produk, perkhidmatan atau promosi laman tersebut sesuai untuk, atau disasarkan kepada, kanak-kanak atau pelawat di bawah umur 18 tahun (atau bersamaan umur minimum bagi bidang kuasa yang relevan).
  • Laman tersebut, tidak meraih atau mengumpulkan data peribadi secara sengaja daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya Laman tersebut menyedari bahawa ia telah mengumpulkan data peribadi secara tidak sengaja daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, Laman tersebut akan menghapuskan data peribadi kanak-kanak itu daripada rekod secara secepat mana yang munasabah.
  • Laman tersebut tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil oleh kanak-kanak atau pelawat di bawah umur 18 tahun (atau bersamaan umur minimum bagi bidang kuasa yang relevan) berpunca daripada kandungan yang terdapat di Laman tersebut, atau mana-mana sub-doman dan halaman, begitu juga kempen pemasaran luar kami (termasuklah tetapi tidak terhad kepada surat berita e-mel kami).

Panduan tentang pendaftaran akaun dan keselamatan data

Dasar Pendaftaran Akaun Am

  • Anda boleh mendaftar akaun percuma di Laman tersebut. Sila ambil maklum bahawa pendaftaran tersebut tidak diwajibkan untuk terus menggunakan Laman tersebut dan menyertai promosi atau tawaran melainkan dinyatakan sebaliknya.
  • Pendaftaran akaun tidak tersedia untuk kanak-kanak dan pelawat di bawah umur 18 tahun (atau bersamaan umur minimum bagi bidang kuasa yang relevan). Selaras dengan Dasar Privasi ini, Laman tersebut dalam pengetahuannya, tidak merekod, menyimpan atau mendedahkan sebarang maklumat peribadi berkaitan kanak-kanak dan pelawat di bawah umur 18 tahun (atau bersamaan umur minimum bagi bidang kuasa yang relevan).
  • Sejurus selepas anda mendaftarkan akaun, anda boleh, pada bila-bila masa masa meminta akaun tersebut dinyahaktifkan atau dihapuskan. Sila ambil maklum bahawa kami akan menyimpan maklumat yang telah didaftarkan di dalam arkib kami yang selamat untuk tujuan statistik dan analisis, sepertimana diterangkan lebih lanjut di dalam Klausa 11 di bawah (Pengekalan Data).

Pengkalan Data

  • Anda boleh meminta kami menghapuskan data anda dengan menutup Akaun Pengguna anda. Untuk keadaan sebegitu, kami akan menghapuskan kesemua data dengan segera selain daripada data yang kami perlu kekalkan dari semasa ke semasa seperti yang dituntut oleh undang-undang. 
  • Dalam keadaan tertentu, kami mungkin membuatkan data anda tidak dikenali (supaya ia tidak lagi dikaitkan dengan anda) bagi tujuan kajian dan statistik di mana kami mungkin menggunakan maklumat itu untuk tempoh yang tidak terbatas tanpa sebarang notis kepada anda.

Kerahsiaan Akaun Pelanggan

  • Maklumat peribadi anda hanya akan didedahkan kepada kaki tangan Laman tersebut yang memerlukan akses kepada data tertentu untuk melaksanakan fungsi yang berkaitan dengan jawatan mereka di dalam syarikat.
  • Maklumat peribadi anda dilindungi oleh kata laluan di dalam sebuah persekitaran penyulitan digital yang selamat.
  • Kami tertakluk kepada segala peraturan bagi perlindungan data peribadi.

Keselamatan Data Am

Laman tersebut telah menguatkuasakan tindakan keselamatan digital dan infrastruktur yang diperlukan di fasiliti penyimpanan fizikal IT dan data untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat anda.

Syarat Kandungan

  • Disebabkan realiti ketika menyelenggara Laman tersebut dan kandungan digital lain, kami tidak dapat menjamin bahawa kesemua kandungan adalah tepat pada sepanjang masa.
  • Untuk sebab ini dan juga sebab-sebab lain, Laman tersebut berhak untuk mengubah dan membuat pindaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam Laman tersebut tanpa notis.
  • Adalah dimaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan dan promosi tertakluk kepada undang-undang dan sekatan bidang kuasa, dan oleh itu tidak tersedia untuk semua pasaran.
  • Tanggungjawab terletak kepada anda untuk memastikan sebarang maklumat yang anda balas adalah sah sebelum melakukan tindakan yang diperlukan.

Perubahan Terhadap Dasar Privasi Ini

Sebarang perubahan yang kami lakukan pada masa hadapan terhadap Dasar Privasi ini akan disiarkan pada laman ini dan, sekiranya bersesuaian, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel. 

Sentiasa semak dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan berkenaan Dasar Privasi kami. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan, kami sarankan anda hubungi sokongan pelanggan atau menutup akaun anda.

Had penguatkuasaan Dasar Privasi & amalan pemprosesan data

Laman lain

Sebaik sahaja anda meninggalkan Laman tersebut atau telah diubah hala ke laman yang lain ("Laman Pihak Ketiga") dengan, sebagai contoh, mengklik iklan atau pun banner kepunyaan jenama pihak ketiga yang diiklankan di Laman tersebut, terma dan syarat, dasar privasi dan amalan pemprosesan data (di mana kami tidak mempunyai kawalan) untuk Laman Pihak Ketiga akan terpakai, dan terma dan syarat Laman tersebut dan Dasar Privasi ini tidak lagi terpakai terhadap anda dan apa sahaja penggunaan yang anda lakukan di Laman Pihak Ketiga itu.

Jonah Depari
Penulis Jonah Depari verified symbol
Jonah Depari adalah seorang penulis berpengalaman dalam bidang judi. Ia lahir di Kuala Lumpur dan menghabiskan sebagian besar hidupnya di sana. Sejak kecil, Jonah memang tertarik untuk belajar lebih dalam tentang pertaruhan dan permainan kasino. Setelah lulus dari universiti, Jonah memutuskan untuk memfokus kariernya sebagai dalam bidang penulisan dan perjudi. Dia mulai menulis untuk beberapa media massa di Kuala Lumpur dan segera menjadi salah satu nama terkemuka dalam industri tersebut.
Pakar Mengenai: Lesen Perjudian Perjudian Bertanggungjawab Perjudian Selamat
Ulasan selanjutnya oleh Jonah Depari

Fakta disemak oleh Mentari Citra

Penulis Mentari Citra adalah seorang penulis buku yang berpengalaman dalam bidang judi. Dia lahir dan tinggal di Kuala Lumpur sepanjang hidupnya, dan sejak kecil telah tertarik pada dunia perjudian. Setelah lulus dari universiti, Mentari memutuskan untuk fokus pada karier sebagai penulis dan mulai menulis buku-buku tentang judi. Dia memiliki pengetahuan yang luas tentang berbagai jenis taruhan, termasuk sports betting, casino games, dan lotre, dan selalu siap untuk membagikan pengetahuan tersebut kepada... Baca lagi